Perencah mee bandong boleh dikatakan 'produk killer' kami, permintaannya semakin hari semakin bertambah, terutamanya semasa Hari Raya Aidil Fitri. Begitu juga semasa musin cuti sekolah dan cuti am.
Resepinya di perbuat dari bahan-bahan yg asli supaya dapat mengekalkan rasa, resepi mee bandong Muar.
Walaupun telah banyak pengeluar perencah mee bandung Muar disini, tetapi dengan kehadiran perencah mee bandung Demuara, maka akan bertambah lagi meriah permintaan dari pelanggan.
Kami menyediakan 2 jenis paket iaitu 200gram dan 400gram dengan harga rm6.00 dan rm10.00
mee bandong ..hmm... sungguh menyelerakan....
Perencah Mee Rebus
Muar juga terkenal dengan mee rebus, untuk menjadi hidangan bersarapan pagi disekitar daerah Muar. Perencah Mee Rebus Demuara juga mempunyai permintaan yg tinggi di kalangan pelanggan.
Resepinya di perbuat dari bahan2 yg asli supaya mengekalkan rasanya.
Menjadi buah tangan kepada pengunjung-pengunjung yg singgah di daerah Muar
Kami juga menyediakan 2 jenis packing iaitu 200gram dan 400gram dengan harga RM6.00 dan RM10.00
mee rebus memang menyelerakan.....
Perencah Soto
Muar juga terkenal dengan perencah Sotonya. Jadi tak sah le kalau singgah di Muar tanpa menikmati keenakan resepi soto Muar. Demuara juga tidak ketinggalan dalam mensajikan resepi perencah soto Muar.
Perencah soto Demuara diadun dari bahan yg asli dan bermutu untuk mengekalkan keenakan resepi perencah soto turun temurun ini....
Sangat sesuai untuk dijadikan jamuan dalam majlis kenduri kendara atau majlis hari raya. Selamat mencuba..
Kami menyediakan hanya packing 200gram dan berharga RM6.00
menggunakan perencah soto Demuara amat menyelerakan...
Sambal ikan Bakar
Sambal ikan bakar kami amat mudah di sediakan. Hanya sapu pada ikan dan kemudiankan di bakar, Disediakan untuk surirumah yang sibuk bekerja. Diadun dari bahan yang asli dari resepi turun temurun
Kami menyediakan hanya packing 200g dengan harga rm6.00
Mudah kan..
Perencah Asam Pedas
Perencah asam pedas demuara juga amat enak. Diadun dengan resepi asam pedas Johor. Amat mudah disediakan, hanya perlu tambahkan air sahaja
Kami juga hanya menyediakan packing 200g dengan harga rm6.00
Amat sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja
Perencah Nasi Goreng Kampung
Perencah nasi goreng kampung kami di olah dari bahan bahan yang asli dan bermutu tinggi. Amat sedap dimakan dan amat dgemari oleh kanak kanak
Hanya packing 200g dengan harga rm6.50
Mee Wantan
Mee wantan biasanya dibuat oleh kaum Cina. Tetapi sekarang telah di usahakan oleh Bumiputera. Amat sedap dan kenyal, tidak mudah kembang. Hanya perlu direbus dalam lima minit dan toskan, kemudian bolehlah di masak ikut kegemaran
Harga rm5.00 untuk 240gram
Mee Teow Wantan
Mee teow wantan kami juga sama resepi dengan mee wantan, hanya bentuknya yang lebih besar. Amat sedap di makan dan lebih kenyal
Harga erm5.00 untuk 240gram
Gula Melaka
Gula melaka demuara di buat dari air nira asli dan sesuai digunakan untuk masakan tradisi seperti bubur, kuih dan lain lain.
harga rm5.00 untuk 500gram
Mee Siput Goreng Ranggup
Mee siput demuara di buat dengan rangup dan dimakan dengan sambal. Amat diminati oleh kanak kanak dan dewasa.
Harga rm2.00 sebungkus